Friday, October 15, 2010

Sesat Dalam Rindu

Ku resah mencariMu dengan akal,
Dengan bersama sifat-sifat pinjaman,
Kau, ku rasakan semakin menjauh,
Tersesatlah aku dalam rinduMu,

Ku satukan firasat mencariMu,
Dan ku terlontar di penghujung alam,
Kau masih tidak dapatku jejaki,
Betapa malangnya nasibku,

KeranaMu ku tinggalkan segalanya,
Sendiri aku terpedaya,
Punya akal dan firasat yang tidak ke mana,
Hanya jalan yang sengsara,

Zahir musnah, bagi yang mimpi,
Zahir ada, Rahsia mencari,
Lalu ku selami di dalam Diri,
Dibawa arus Nafasku,
Asal serah Janji dahulu,
Mula hidup pasti mula cinta,

Engkau Kasih ada di sini,
Engkau Kasih ada menanti,
Kau Kasih aku jua kasih...

No comments:

Post a Comment