Monday, November 7, 2011

Penghujung Rindu...


Bila Kekasih mengundang aku pulang,
Mahligai menanti penuh gemilang,
Bila Kekasih menyingkap Tabir Cinta,
Tiada terbatas dengan kata-kata...

Dapatkah aku membalas dengan air mata,
Tanda syukur menerima,
Setelah sekian lama,
Menghamba hidup pada dunia...

Seribu tahun takkan sama,
Sesaat bersatu dalam nyata,
Kerana Kasih ku sanggup korbankan,
Jasad dan Nyawa...

Terang bulan kerana mentari,
Hadir bayang kerana Cahaya,
Begitulah cinta kita...

Tiada jarak pemisah lagi,
Tiada tabir sempadan budi,
Aku terima dan jua memberi,
Seikhlas hati...

Seribu tahun dan sejuta langkah,
Seribu tahun bersinar cinta,
Kita bertemu di penghujung rindu...

1 comment:

  1. salam ziarah saudara.

    my favourite song...

    seribu tahun takkan sama,sesaat bersatu dalam nyata...

    seribu tahun beribadat dengan leka,takkan sama dengan sesaat bertafakur dengan Dia...

    hmm...

    wallahualam...

    ReplyDelete