Sunday, July 29, 2012

Cinta Nusantara

Laut membiru bukan pemisah,
Hasrat hatiku bukan rahsia,
Seloka, pantun khazanah kita,
Maksud terkandung cuba dibaca.

Jangan dipagar nyiur yang condong,
Buahnya jatuh ke laman orang,
Bumi dipijak, langit dijunjung,
Tegak berdiri, bukannya lalang.

Berinduk bak ayam,
Rumpun bak serai,
Junjung bak sirih,
Itulah kita di Nusantara.

Ombak menyusul, nyiur melambai,
Laut tak putus dilanda badai,
Bisikan Salam, bisikan pesan,
Orang di sana dalam ingatan.


1 comment:

  1. salam sejahtera buat semua terutama kepada tuan rumah,

    pengumuman,blog 9111tanyasamaituhudhud telah diubah ke teratak yang baru,jemput singgah ya...peace..:)

    ReplyDelete