Di dalam kitab suci Al-Quran, terdapat 2 jenis ayat, iaitu:-
1) Ayat-ayat Muhkamaat, dan
2) Ayat-ayat Mutasyaabihaat.
Tujuanku menulis ni bukanlah untuk membincangkan dengan mendalam tentang ayat-ayat mutasyaabihaat, kerana aku tiada langsung ilmu & pengetahuan tentang ayat-ayat tersebut, seperti firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran, surah Ali-‘Imran, ayat ke-7 yang berbunyi:-
Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepada kamu.
Di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat, itulah pokok-pokok isi Al qur'an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat.
Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta'wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah.
Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami."
Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.
Pada 23 Rabi’ul Awwal 1432 lalu, cetusan ilham telah mendorongku untuk memerhati ayat-ayat mutasyaabihaat, khususnya ayat-ayat yang terdiri daripada huruf-huruf Hijaiyah (AMDHH) seperti Alif Laam Miim, Alif Lam Miim Shaad, Alif Laam Raa, dan lain-lain.
Untuk memerhati AMDHH dengan lebih jelas, aku merangka 1 jadual agar pemerhatian terhadap ayat-ayat tersebut akan menjadi lebih tersusun. Dalam jadual tersebut, aku mengelaskan AMDHH kepada kelas ayat, surah, maksud surah, surah keberapa, jumlah ayat & juz bagi surah tersebut. Untuk pengetahuan kamu semua, terdapat 27 AMDHH di surah-surah dalam Al-Quran. Sila rujuk Jadual 1.
![]() |
Jadual 1 - Ayat-ayat Mutasyaabihaat, khususnya ayat-ayat yang terdiri daripada huruf-huruf Hijaiyah |
Untuk memerhatikan kekerapan AMDHH dengan lebih jelas, aku juga membuat 1 lagi jadual untuk tujuan tersebut. Dalam jadual ini, pengelasan kekerapan AMDHH lebih ringkas berbanding jadual sebelumnya, dimana, ianya hanya mempunyai kelas ayat & kekerapan. Sila rujuk Jadual 2.
![]() |
Jadual 2 - Kekerapan ayat-ayat Mutasyaabihaat, khususnya ayat-ayat yang terdiri daripada huruf-huruf Hijaiyah |
![]() |
Graf 1 |
![]() |
Graf 2 |
Ketika memerhatikan kedua-dua graf tersebut, batang tubuhku menggigil & bulu romaku meremang serta-merta. Air mataku sudah bertakung & mula berlenangan membasahi pipi...
Adakah kamu semua boleh nampak rupa apakah yang kedua-dua graf tersebut cuba nyatakan? Untuk lebih jelas, lihat kedua-dua Graf 3 & 4 di bawah.
![]() |
Graf 3 |
![]() |
Graf 4 |
Ya, amat benar, terang, nyata & jelas sekali. Graf 1 & 3 menyatakan kalimah Lillah, yang bermaksud Demi Allah, & Graf 2 & 4 menyatakan kalimah Allah.
Sekadar Menyampaikan...
Lahawlawalaquwwataillabillah...